Thursday, October 22, 2009

Penjagaan Laptop / Notebook (komputer riba)




Zaman sekarang memang terlalu mudah untuk dapatkan Laptop / Notebook dalam pelbagai spesifikasi dan fungsi tertentu. Dalam pada itu saya dapat lihat ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan untuk jangka masa panjang. Saya ingin kongsikan pengalaman dalam penjagaan Laptop / Notebook di mana cara-cara penjagaan adalah bermula selepas daripada pembelian.



Penjagaan Jangka Hayat Bateri

1. Pertama sekali "Switch On" Laptop / Notebook menggunakan bateri yang sedia ada kuasa dalam 20% - 30%

2. Habiskan kuasa yang ada pada bateri sebelum melakukan "charge" semula.


3. Setelah bateri betul-betul tiada kuasa atau "flat" bolehlah sambung charger untuk "charge " selama 8 hingga 16 jam. Lebih elok jangan "Switch On" semasa "charging". Terdapat lampu led menyala warna jingga atau merah dan bertukar kepada hijau apabila dah penuh. ( warna led bergantung pada jenis laptop / notebook)


4. Selepas itu anda boleh menggunakan Laptop / Notebook anda dengan bateri dan pastikan charger itu dah di cabut untuk mengelakkan daripada overcharge.


5. Biasanya jangka masa untuk re-charge bateri ialah 1 - 2 jam jam bergantung pada jenis Laptop / Notebook. Terdapat lampu led menyala warna jingga atau merah dan bertukar kepada hijau apabila dah penuh. ( warna led bergantung pada jenis laptop / notebook)

6. Pastikan bateri itu selalu digunakan kerana ini akan menjaga sel lithium-ion pada bateri.

7. Boleh juga untuk cabut bateri dan terus "charging" tetapi amat merbahaya apabila anda terputus langsung dari charger akibat terlanggar atau sebagainya. Ini boleh menyebabkan "hardware failure" kerana "shutdown" tak betul dan kerja-kerja anda yang belum di "save" hilang begitu sahaja.


8. Jangka hayat kuasa bateri akan menurun mengikut cara penggunaan dan selalunya rosak di sebabkan over charge atau shortage dan faktor lain seperti kilat.
Oleh yang demikian saya harap pengguna di luar sana dapat menjaga laptop / notebook anda dengan sebaik mungkin dengan bermulanya langkah-langkah seperti di sarankan.

Friday, October 16, 2009

Jenis-jenis Servis Komputer


A. Servis Laptop/Notebook (Komputer Riba)
B. Servis PC Dekstop ( Komputer Meja )

-kami menyediakan perkhidmatan servis seperti :-

1. menaik taraf (contoh : ram, hard disk.)
2. format sistem operasi ( contoh : windows )
3. mencuci virus
4. membuat simpanan data (backup file)
5. memasang perisian antivirus dan lain lain perisian
6. teknik-teknik untuk menjaga dan penggunaan komputer riba dan komputer meja.

Kepada yang berminat boleh hubungi di talian : 0133486595
atau email : myhafidz@gmail.com